Wednesday 19 December 2007

Selamat Ciidwayneey

Aku balik kampung lagi. Rasanya macam baru je bulan lepas aku balik untuk raya puasa. Anyway, since banyak jalan tak boleh lalu (banjir dan landslide), aku tak drive. Bukan lah nak cakap aku selalunya drive pun bila balik kampung (it's more than 6 hours' drive for crying out loud!). Tapi saja nak jadikan alasan. Ahhhh.

Mak aku, seperti biasa bila anak-anak dia balik kampung, akan berkampung di dapur dari pagi lepas bangun tidur, sampai lah ke malam, with only occasional short breaks for solat. Kenapa? Sebab dia nak jamu anak-anak dia.

Makcik-pakcik dan cousin-cousin aku gelarkan kami 9 beradik ni "flower horn".

(Nota kaki: untuk yang buta ikan, flower horn ialah sejenis ikan hiasan yang pernah terkenal satu masa dulu. Cara pemakanan - ganas!! Tangan aku pernah luka disondol masa cuba menyuap flower horn kami)

Apa yang mak aku jamu kitorang banyak-banyak tu? Tak perlulah sebut kot. Korang bukan boleh imagine pun masakan-masakan pelik negeri ni.

***

Bila balik kampung, aku tahu ada satu topik yang mak ayah aku teringin sangat nak utarakan. Isu biasa. Dulu lebih vokal, tapi sekarang rasanya semua orang lebih berhati-hati.

Entahlah, it's a delicate matter. Am a very sceptical person. It's an innate thing for one. But I guess it was further aggravated by my 3 years in a department whose work is mainly to investigate corporate wrongdoings. Despite seorang kawan sentap aku selalu cakap "Kau kan risk taker" sambil tergelak kecil, I am not. Apatah lagi dalam decision that's gonna affect the rest of life sebegini.

***

Kakak aku baru dapat gaji tunggakan. Dah 17 bulan dia lulus KPLI, tapi baru sekarang dia dapat gaji sebagai guru ijazah. "Habis tu, selama ni?" Dia dapat gaji guru taraf lepasan SPM. Aku rasa government agency kita lebih tak efisien berbanding Somalia.

Tapi in a way, bagus juga. It's like a forced saving. Cuma, without interest. Macam kita simpan duit di BSN masa zaman sekolah dulu tu.

Oh, dan dia nak jamu the whole family di restoran, ambil kesempatan celebrate birthday 3 tahun anak bongsu dia. Courteous as I am, hari terakhir di kantor (err... office) semalam, aku berniat nak singgah belikan hadiah on the way home. "Hang singgah la Marks & Spencer, kan tengah sale sekarang" kata Perempuan di sebelah meja aku.

Aku berada dalam M&S tidak lebih dari 1 minit. Maaf. Masa aku terlalu berharga untuk dihabiskan dengan melihat-lihat baju bayi yang harganya lebih mahal dari kemeja kerja yang sedang aku pakai.

Walaupun selepas less discount.

End up aku settle down dengan Poney dari Isetan.

***

Ada pautan ke pojok ni dari SDN. Aku berasa terharu. Walaupun Mikon mungkin menyenaraikan semua blog-blog yang membuat pautan ke SDN, I choose to believe otherwise. "Yelah, Mikon kan famous. Aku bayangkan mesti banyak blog-blog yang ada link ke SDN. Takkanlah sesikit yang tersenarai kat SDN tu je" Haha. Satu percubaan justifikasi poyo.

Thanks bro. Whoever you are.
Kalaulah hidup ini macam Friendster (yer, aku belum naiktaraf ke Facebook), aku boleh bayangkan diagram kaitan aku dengan kau. We are linked by 2 mutual friends. One is a writer like you, another is studying film.

Ada kawan-kawan aku (terutamanya perempuan) tanya "Siapa SDN tu? Pelik lah blog dia". Obviously, aku tak kenal pun siapa Mikon tu. Aku cuma kenal dia melalui tulisan-tulisan dia. Tapi aku suka dengan cara penulisan dia. Dan aku suka dengan cara dia berfikir.

Tapi itu tak bermakna aku bersetuju dengan semua idea-idea dia.

Everyone is entitled to his or her views, believes... whatever.

Bak kata Ambiga Sreenevasan kepada Nazri Aziz “We believe in the freedom of speech and although we do not agree with the minister, we would be the first to defend his right to give his views” semasa Nazri Aziz memberi kritikan pedas terhadap "People's Freedom Walk". Sangat ironik. Dan apa-apa sahaja yang ironik tu, aku rasa, melucukan.

***

Ohhhh, aku beli baju raya. Cap Delsey. Nak tengok? Hehe >:)


Dan, selamat ciidwayneey maksudnya selamat aidil adha dalam bahasa Somalia. Tak percaya? Err...... pernah dengar wikipedia?